create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, 30 May 2012

Rahsia dan Peristiwa Hari Dalam Islam...=)

assalamualaikum...;)

hai boyz and girlz sekalian..ape khabar?...;)

saya ms.M...
selamat bertemu kembali...


mana mr.A???...mr.A???..huhu..sebenarnya mr.A....dahh...( sy pon xthu)...hihihihi..;p

hai mr.A..buat ape tue?..hihi...tido je tau mr.A nie..bukan nak tolong kemas rumah..asyik wat tahi  mata kerbau dye tu je...hihihihihi...tue la sebenarnya hobi terbaru mr.A cuti sem tahun nie....alahai..( sorryyy mr.A jgn marah nanti kene jual..hihihi..=p).

hari nie ms.M nak berkongsi sikit ilmu tentang rahsia dan peristiwa hari dalam islam..sebenarnya, setiap yang berlaku di sekeliling kita ada peristiwanya yang tersendiri..hihi

jom terjahhh!..

HARI ISNIN....

  •  Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
  •  Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
  • Rasulullah s.a.w dilahirkan..
  •  Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
  •  Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
  •  Hari wafatnya Junjungan mulia…Nabi Muhamad s.a.w
  • Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”



HARI SELASA...


  •  Wafatnya jurjis
  •  Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini
  • Nabi zakaria wafat pada hari ini juga.
  • Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa
  • Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
  •  Habil iaitu putera Nabi Adam a.s terbunuh hari selasa..



HARI RABU...


  •  Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
  •  Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (di laut merah).
  •  Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
  •  Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
  • Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.



HARI KHAMIS...


  •  Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
  • Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
  • Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
  • Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui. 
  • Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
  • Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…
  • Tukang memberi minum Raja Mesir memperolehi kebebasan.



HARI JUMAAT...


  •  Pernikahan antara Adam dan hawa
  •  Pernikahan antara yusof dan zulaikha
  •  Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
  •  Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
  •  Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
  • Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
  • Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra
( sebab tue la orang selalunya kawin hari jumaat..;)
dan kiamat juga akan berlaku pada hari jumaat..;)




HARI SABTU...

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai hari tipu daya…sebab..

  • Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
  • Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
  • Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
  •  Raja Firaun mencabar Nabi Musa
  • Orang-orang yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
  • Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
  •  Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.





HARI AHAD...

  • Allah menjadikan neraka yang bertingkat-tingkat.
  •  Allah menciptakan 7 lapisan bumi
  • Allah menciptakan 7 lapisan langit
  •  Allah menciptakan 7 anggota tubuh manusia.
  •  Allah penciptaan bilangan 7 hari dalam seminggu.
  •  Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar..
  •  Allah menjadikan 7 lautan yang besar.



Dan di antara 7 hari itu..hari JUMAAT la hari segala penghulu hari..kerana hari jumaat ialah hari yang paling mulia. setahu ms.M, pada  hari jumaat juga segala doa kita akan dimakbulkan..=)
so, perbanyakkan la berdoa eeaaa..hihihiii..

agak-agaknye korang paling suka hari apa eeaa?..hihihiiii =)


k la sampai sini sahaja..nanti ade masa ms.M update lagi eeaa..
tatata..i miss u all n mr.A...;)


assalamualaikum...



p/s...semua hari adalah hari yang terindah bagiku..syukur padamu Ya Allah..aku masih bernafas disetiap hari yang engkau ciptakan...;)